DEFINISI
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit
dengan tidak mengira bangsa @ keturunan sebelum mendapat rawatan dari doKtor
atau pihak hospital
PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
ü Menyelamatkan nyawa.
ü Mengurangkan kesakitan
ü Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.
PERATURAN AM PERTOLONGAN
CEMAS
ü Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk
dahulu.
ü Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar,menjaga
terutamanya pernafasan pesakit itu.
ü Jangan sesekali menanggalkan pakaian mangsa. Hanya
sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuanuntuk memudahkan pernafasan mangsa
dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
ü Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke
hospital.
TINDAKAN SERTA MERTA
ü Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
ü Member rawatan renjatan dengan segera.
ü Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
ü Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
ARAHAN AM RAWATAN BANTU MULA
ü Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan
orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga
dll.
ü Bertindak berdasarkan DR.ABC + R [Danger, Response,
Airways, Breathing, Circulation, Recovery Position] iaitu
1. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
2.
Pastikan
mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa @ bertanya dengannya jika mangsa
sedar [R]
3. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup @
tersumba. Jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. [A]
4.Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak,lakukan
EAR-External Air Resuscitation [B]
5. Pastikan nadi mangsa berfungsi- semak di nadi
carotid @ di leher [C]. Jika tidak
lakukan CPR [Candio Pulmponary Resuscitation]
6. Melakukan posisi pemulihan kepada mangsa- tangan
kanan 90 darjah menapikkan kepala, badan ke meniarap, kaki bersilang [R]
ALATAN FIRST AID
§ Alat
pertolongan cemas yang akan disenaraikan di bawah ini adalah bagi kegunaan
orang awam. Di antaranya ialah
:
ü Angkub (tweezers)
ü Plaster
ü Krim luka antiseptic [dettol antiseptic cream]
ü Gunting lipat
ü Pin semat
ü Thermometer
ü Tisu basah antiseptic pakai buang
ü Pita perekat
ü Sabun antiseptic
ü Sarung tangan getah (2 pasang)
ü Paracetamol (seperti panadol dll.)
ü Buku manual pertolongan cemas
ü Minyak sapu: vicks, minyak cap kapak
ü Buku manual pertolongan cemas
ü Nombor talian kecemasan
KOTAK PERTOLONGAN CEMAS |
LUKA & PENDARAHAN
§ Luka
terjadi disebabkan pecahnya di dalam bahagian dalam kulit selepas sesuatu
kecederaan. Luka terbahagi kepada dua iaitu:
1.
Luka terbuka
·
Pengaliran
darah daripada luka keluar melalui kulit.
a)
luka terhiris: darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh
darah telah terpotong dan amat sukar untuk dicantum semula.
b)
luka terkoyak: aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak dan akan lebih cepat bercantum. Darah beku akan kelihatan mengenangi
pinggir-pinggir luka yang tercarik dan senang tercemar.
c) luka tusukan: luka dalaman yang serius. senang terdedah kepada jangkitan kerana kuman yang terbawa bersama kedalaman luka itu.
d)
calar balar: kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di
bawah kulit. hanya saluran bawah kulit telah pecah disebabkan terjatuh,
tergelincir, hentakan, atau berlaga. kehitaman mata dan lebam juga termasuk
calar balar.
![]() |
CONTOH LUKA |
2. Luka
tertutup
·
Pendarahan
hanya berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan.
Kadangkala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air
kencing atau muntah. Kadangkala kelihatan lebam dan adakalanya tanda luaran langsung tidak kelihatan.
LIPATAN
ANDUH
ü Anduh leher dan pergelangan tangan (collar and cuff
sling)
ü Anduh besar
ü Anduh tiga segi (elavation sling)
CONTOH LIPATAN ANDUH TIGA SEGI |
PATUKAN ULAR
ü Di Malaysia terdapat 141 spesies ular, di mana 27
daripadanya adalah berbisa. Terbahagi kepada 21 ular laut dan 16 ular darat
TANDA AWAL
- · Sepasang lubang bekas patukan.
- · Terasa sakit yang amat pada tempat yang kena patuk.
- · Bengkak dan merah di sekeliling patukan.
- · Pernafasan yang tercungap-cungap.
- · Kemungkinan terhenti pernafasan.
No comments:
Post a Comment