Wednesday, 6 November 2013

IKATAN DAN SIMPULAN

PENGENALAN

Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam perkhemahan, jungle tracking, abselling, dan lain-lain.


JENIS-JENIS IKATAN

Terdapat sepuluh ikatan asas yang biasa diguna pakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah :

a)   Thumb Knot / Stopper Knot (simpul mati)

b)   Figure of Eight Knot (simpul angka lapan)
c)   Reef Knot (buku sila)
d)   Sheet Bends (bunga geli)
e)   Bowline (tindih kasih)
f)   Half Hitch (setengah belit)
g)  Clove Hitch (simpul manuk)
h)  Fisherman Knot
i)   Timber Hitch (simpul balak)
j)   Figure of Eight single & Double Loop


Gambar 1 : Jenis-jenis simpulan

Reef Knot/Buku Sila

Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Clove Hitch/Simpul manuk

Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

Bunga Keti

Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

Tindih Kasih

Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga 

Angka Lapan/ Figure of Eight Knot 

Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati.

PERTOLONGAN CEMAS


DEFINISI

                   Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa @ keturunan sebelum mendapat rawatan dari doKtor atau pihak hospital

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

ü  Menyelamatkan nyawa.
ü  Mengurangkan kesakitan
ü  Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.

PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS

ü  Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
ü  Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar,menjaga terutamanya pernafasan pesakit itu.
ü  Jangan sesekali menanggalkan pakaian mangsa. Hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuanuntuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
ü  Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

TINDAKAN SERTA MERTA

  ü  Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  ü  Member rawatan renjatan dengan segera.
  ü  Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  ü Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

ARAHAN AM RAWATAN BANTU MULA

 ü  Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
 ü Bertindak berdasarkan DR.ABC + R [Danger, Response, Airways, Breathing,   Circulation, Recovery Position] iaitu
     
      1.   Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
      2.   Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa @ bertanya        dengannya jika mangsa sedar [R]
    3. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup @ tersumba. Jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan  yang selesa. [A]
   4.Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak,lakukan EAR-External Air        Resuscitation [B]
     5.   Pastikan nadi mangsa berfungsi- semak di nadi carotid @ di leher [C]. Jika  tidak lakukan CPR [Candio Pulmponary Resuscitation]
   6. Melakukan posisi pemulihan kepada mangsa- tangan kanan 90 darjah         menapikkan kepala, badan ke meniarap, kaki bersilang [R]

ALATAN FIRST AID
§  Alat pertolongan cemas yang akan disenaraikan di bawah ini adalah bagi kegunaan orang awam. Di antaranya ialah :

  ü  Angkub (tweezers)
  ü  Plaster
  ü  Krim luka antiseptic [dettol antiseptic cream]
  ü  Gunting lipat
  ü  Pin semat
  ü  Thermometer
  ü  Tisu basah antiseptic pakai buang
  ü  Pita perekat
  ü  Sabun antiseptic
  ü  Sarung tangan getah (2 pasang)
  ü  Paracetamol (seperti panadol dll.)
  ü  Buku manual pertolongan cemas
  ü  Minyak sapu: vicks, minyak cap kapak
  ü  Buku manual pertolongan cemas
  ü  Nombor talian kecemasan

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS
LUKA & PENDARAHAN

§  Luka terjadi disebabkan pecahnya di dalam bahagian dalam kulit selepas sesuatu kecederaan. Luka terbahagi kepada dua iaitu:

     1.   Luka terbuka
·         Pengaliran darah daripada luka keluar melalui kulit.

a)   luka terhiris: darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar untuk dicantum semula.

   b)   luka terkoyak: aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah      terkoyak dan akan lebih cepat bercantum. Darah beku akan kelihatan    mengenangi pinggir-pinggir luka yang tercarik dan senang tercemar.

  c) luka tusukan: luka dalaman yang serius. senang terdedah kepada  jangkitan kerana kuman yang terbawa bersama kedalaman luka itu.

   d)   calar balar: kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di bawah kulit. hanya saluran bawah kulit telah pecah disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan, atau berlaga. kehitaman mata dan lebam juga termasuk calar balar.

CONTOH LUKA 

2.   Luka tertutup
·        Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan. Kadangkala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau muntah. Kadangkala kelihatan lebam dan adakalanya tanda luaran langsung tidak kelihatan.

LIPATAN ANDUH
ü  Anduh leher dan pergelangan tangan (collar and cuff sling)
ü  Anduh besar
ü  Anduh tiga segi (elavation sling)
CONTOH LIPATAN ANDUH TIGA SEGI

PATUKAN ULAR
ü Di Malaysia terdapat 141 spesies ular, di mana 27 daripadanya adalah berbisa. Terbahagi kepada 21 ular laut dan 16 ular darat

TANDA AWAL
  • ·         Sepasang lubang bekas patukan.
  • ·         Terasa sakit yang amat pada tempat yang kena patuk.
  • ·         Bengkak dan merah di sekeliling patukan.
  • ·         Pernafasan yang tercungap-cungap.
  • ·         Kemungkinan terhenti pernafasan.