Wednesday, 6 November 2013

IKATAN DAN SIMPULAN

PENGENALAN

Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam perkhemahan, jungle tracking, abselling, dan lain-lain.


JENIS-JENIS IKATAN

Terdapat sepuluh ikatan asas yang biasa diguna pakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah :

a)   Thumb Knot / Stopper Knot (simpul mati)

b)   Figure of Eight Knot (simpul angka lapan)
c)   Reef Knot (buku sila)
d)   Sheet Bends (bunga geli)
e)   Bowline (tindih kasih)
f)   Half Hitch (setengah belit)
g)  Clove Hitch (simpul manuk)
h)  Fisherman Knot
i)   Timber Hitch (simpul balak)
j)   Figure of Eight single & Double Loop


Gambar 1 : Jenis-jenis simpulan

Reef Knot/Buku Sila

Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Clove Hitch/Simpul manuk

Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

Bunga Keti

Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

Tindih Kasih

Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga 

Angka Lapan/ Figure of Eight Knot 

Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati.

1 comment:

  1. Play Free Slots Games | CasinoCyclopedia
    Discover the best free casino slots games 청주 출장마사지 online and discover the 7 부산광역 출장샵 casino bonuses to play at for 제천 출장샵 free! No download and no registration 여주 출장샵 needed! 대구광역 출장마사지

    ReplyDelete