Thursday, 31 October 2013

KRAF PERKHEMAHAN

JENIS-JENIS KHEMAH


1)   KHEMAH PATROL BERGABUNG

-       Sempurna & canggih. Didirikan semasa perhimpunan Pengakap untuk Jambori dan Korobori.
-       Dijadikan markas untuk pegawai dan urusetia.
-       Strukturnya sangat mudah iaitu berasakan 2 batang tiang seri dan rabung. Ketegangan dan keregangangnya bergantung kepada empat utas teraju besar.

    2)   KHEMAH PATHFINDER

-       Bentuknya amat ringkas.
-       Menggunakan anak kayu yg dipaut untuk menggantung khemah.
-       Digunakan untuk berteduh bagi pemancing, pengembara dan ahli kajiukur yang tinggal sehari dua di dalam hutan.
-       Fabriknya ialah nilon dan poplin yang kalis air. Tiada alasbumi (groundsheet) dan jejaring serangga.

    3)   KHEMAH HIKE

-       Popular kepada ahli sukan rekreasi dan kembara.
-       Mudah dipasang dan dirombak.
-       Fabriknya ialah poplin kalis air
-       Juga dikenali sebagai khemah ‘instant’

    4)   KHEMAH GALANG GALAH

-       Popular di AS khususnya musim panas
-       Bentuknya mudah
-       Bila dipasang, ia mempunyai anjung untuk berehat & mempunyai jaring serangga.

    5)   KHEMAH CONDONG

-       Di bahagian hadapan khemah ini dibuka
-       Digunakan oleh mereka yg tahan lasak dan menghiraukan kerenah cuaca
-      Sesuai untuk persekitaran hutan tebal yang tiada tiupan angin kencang dan musim yang tidak mempunyai banyak serangga.

      6)    KHEMAH AHLI PERHUTANAN

-       2 batang tiang diikat bentuk A dan direnggangkan ke pancang
-       Gunakan 1 lembar tali rabung untuk direnggangkan
-       Mempunyai jejaring serangga
-       Pintunya boleh digulung dan dilabuhkan apabila perlu.

     7)   KHEMAH PENDAKI

-       Kecil, ringan dan tahan lasak
-       Diperbuat dari nylon yang ringan
-       Mudah dipasang dan dirombak
-       Ringan untuk dibawa dan tahan lasak terhadap cuaca lampau
-       Harganya agak mahal

     8)   KHEMAH TARP

-       Khusus untuk mereka yang berperahu
-       Perahu,canoe, kayak disendengkan
-       1 layar khemah direnggangkan di atasnya dan menggunakan pancang

    9)   KHEMAH RINGKAS

-       Amat ringkas
-       Menggunakan rentas tali dan sekeping kain tanpolin sbg bumbung.

   10)   KHEMAH IGLO

-       Dikenali sebagai khemah pasang siap
-       Mudah dipasang dan dirombak
-       Amat ringan
-       Sesuai untuk 2, 4, 6 dan 8 orang
-       Tidak menggunakan pancang

PENGETAHUAN BERKHEMAH

-SEBELUM-     
1)   Perlantikan jawatankuasa
2)   mengenalpasti kawasan
3)   peralatan
4)   makanan
5)   pengangkutan
6)   pihak berwajib (balai polis, renjer, jabatan laut)
7)   insurans
8)   pakaian

     -SEMASA-

1)   Mebersihkan kawasan
2)   mendirikan khemah
3)   tempat memasak
4)   tempat membuang sampah
5)   tandas
6)   penyidai
7)   lampu
8)   kawalan malam

         -SELEPAS-

1)   Membersihkan kawasan
2)   menimbus lubang sampah
3)   menurunkan khemah
4)   memaklumkan kepada pihak berwajib
5)   membersih dan menyimpan peralatan
6)   post mortem

PERATURAN BERKHEMAH
1)   Jangan meninggalkan khemah tanpa berzip
2)   Dilarang makan didalam khemah
3)   Dilarang memasak di dalam khemah (kecuali xpdc
4)   Dilarang membawa masuk kasut
5)   Dilarang merokok
6)   Dilarang membawa masuk benda tajam
7)   Dilarang menyidai kain di dalam khemah
8)   Dilarang membuang dan membakar sampah
9)   Dilarang menebang pokok

KAWASAN YANG DILARANG MENDIRIKAN KHEMAH
1)   Di bawah pokok
2)   Di tepi sungai
3)   Di tepi laut
4)   Di lereng bukit
5)   Di denai binatang (laluan binatang)
6)   Di atas bukit (gunung)
7)   Di kawasan pencawang elektrik
8)   Di kawasan lapang (pokok ubi)


SPESIFIKASI KHEMAH

1)   PERLINDUNGAN
Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya.
Ia juga perlu diberi perlindungan daripada serangga.

2)   KESELESAAN
Khemah anda perlu selesa kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengambaraan ialah tempat tidur yang paling selesa.
Ia juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.

3)   KALIS AIR
Khemah anda mestilah yang jenis kalis air.
Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat
Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air tersebut benar-benar kalis air. Jika tidak, anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.

4)   TAHAN LASAK
Pembuat khemah perlu membuat khemah yang lebih ringan tetapi tahan lasak.
Khemah perlulah ringan, tahan lasak dan tidak mudah koyak bila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai.

5)   UKURAN
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan

6)   HARGA
Khemah yang menepati semua ciri-ciri di atas biasanya lebih mahal.


TATACARA PERKHEMAHAN

1)   BERKHEMAH DALAM KUMPULAN KECIL
-       Bilangan besar & ketenangan tidak selari

2)   MERANCANG AKTIVITI
-       Jauhi botol & tin

3)   MEMBAWA KELUAR APA YANG DIBAWA MASUK
-       Bawa bersama sampah yang tidak terbakar
-       Menanam tidak sesuai kerana cuaca & binatang akan menggeledah

4)   MENGIKUT TREK @ LALUAN SEDIA ADA
-       Tidak perlu membuat laluan dengan banyak

5)   MENGECILKAN PEMBINAAN TAPAK PERKHEMAHAN
-       Jangan musnahkan tumbuhan

6)   LOKASI TAPAK PERKHEMAHAN
-       Jauhkan dari kediaman, rumah, jalan, air terbuka
-       Hormati pesanan orang

7)   PENGGUNAAN SABUN @ BAHAN CUCIAN
-       Jangan gunakan ahan cucian tersebut di sungai @ tasik
-       Ambil air dan bawa air ke khemah supaya air yang digunakan meresap ke air dan dalam tanah

8)   TANAM NAJIS
-       Pilih tempat yang sesuai
-       Jauhkan dari air dan tapak perkhemahan
-       Gali lubang dan timbus selepas menggunakan

9)   ALAT MEMASAK
-       Menggunakan dapur bergerak adalah lebih baik dari menggunakan kayu api

10)               MEMELIHARA ALAM SEKITAR
-       Menjaga tumbuhan dan hidupan liar
-       Awasi keseimbangan alam





No comments:

Post a Comment