DEFINISI :
Satu usaha ikthtiar oleh
seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman @ masalah
bekalan makanan
PENGENALAN
v Ikhtiar hidup @ survival adalah segala usaha yang
berkaitan untuk meneruskan hidup apabila berada di dalam keadaan sekeliling
yang boleh menyebabkan kita mati.
v Tiada sesiapa yang bersedia menghadapi situasi
ikhtiar hidup. Oleh itu, amat penting untuk kita memahami psikologi ikhtiar
hidup dan teknik-tekniknya kerana mati bukan satu pilihan.
SITUASI (yang mungkin dihadapi ketika
melakukan kegiatan luar )
v Kehabisan makanan dan minuman
v Ancaman binatang buas
v Masalah
perlindungan
CARA MENANGANI SITUASI
·
Perancangan
dan persiapan secara teliti
·
Mental
: pengetahuan tentang ikhtiar hidup
·
Fizikal
: kecergasan dan ketahanan tubuh badan
·
Teknik
: kemahiran ikhtiar hidup
·
Material
: peralatan, pakaian dan bekalan
PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP
Ø Akibat kelalaian manusia itu sendiri. Samada di
peringkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan aktiviti.
Ø Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang
diceburi.
PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP
1)
KEMAHIRAN
§ Segala usaha untuk terus hidup
§ Mencari sumber makanan dan minuman
§ Mencari jalan keluar
2)
MENGATASI
KETAKUTAN
§ Takut kepada segala kemungkinan – hujan
§ Takut kepada ancaman hidupan liar dan berbisa
§ Takut kerana tiada bekalan makanan dan minuman
§ Takut kepada persekitaran
§ Takut kepada perkara mistik
3)
UNDANG-UNDANG
§ Menyediakan khemah sebelum petang kerana hutan akan
menjadi gelap seawal jam 5 petang
§ Mengumpul seberapa banyak kayu api – sebagai
pendiang, penghalau nyamuk dan binatang buas
§ Mendapatkan tidur yang cukup supaya kita cukup
tenaga dan kekuatan pada keesokkannya.
4)
PERALATAN
IKHTIAR HIDUP
§ Pisau @ parang
§ Mata pancing (3 bentuk)
§ Tali pancing
§ Sekotak mancis @ pemetik api
§ Sebungkus garam
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
1)
KESELAMATAN
§ Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa
§ Menjauhi perkara yang boleh membahayakan
keselamatan
2)
USAHA
§ Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah
§ Elakkan dari bersikap berdiam diri @ berserah
kepada nasib
§ Jika usaha anda gagal, cuba dengan kaedah yang lain
§ Lebih banyak usaha, peluang semakin cerah
§ Kebolehan mereka ganti khemah
3)
KAWALAN
DIRI
§ Sangat penting supaya keputusan dan tindakan dapat
memberikan hasil yang positif. Berlakunya kes kecelakaan diri semasa ikhtiar
hidup berpunca dari kurangnya kawalan diri
4)
KERJASAMA
§ Jika ikhtiar hidup dilakukan secara berkumpulan,
kerjasama amat penting. Ianya akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih
terjamin
ALATAN
- 2 utas tali pancing (panjang 3 meter)
- Mata pancing yang kecil
- 2 utas tali (panjang 3 meter)
- 2 batang lilin
- Mancis @ pemetik api
- Cermin muka kecil (sebagai reflek)
- Aluminium foil
- Pisau kecil
- Kompas kecil
SUMBER AIR
v Seseorang mungkin boleh hidup lebih daripada 2
minggu dengan hanya meminum air tanpa makanan. Dalam badan kita mempunyai
sebanyak 75% air.
v Kekurangan air sebanyak 2% boleh menyebabkan
berlaku 25% kepincangan kepada sistem otot dan otak
v Kekurangan air sebanyak 10% menyebabkan kita berada
di tahap yang serius
v Kekurangan air sebanyak 20% menyebabkan kita berada
di tahap fatal stage.
PUNCA AIR
v Mata air
v Hujan
v Embun
v Kabus
v Tumbuhan
v Kolam @ tasik
v Binatang
v Sungai
SUMBER MAKANAN & MINUMAN
1)
UMBUT
§ Pokok kelapa
§ Pisang hutan
§ Pokok rumbia
§ Pokok nibung
§ Pokok nau
§ Pokok kantan
§ Pokok salak
§ Pinang hutan
2)
BUAH
§ Buah asam kandis
§ Buah tampoi
§ Buah berangan
§ Asam gelugor
3)
PUCUK
§ Bayam hutan
§ Pucuk melinjau
§ Paku gajah
§ Pucuk cemperai
UJIAN PEMAKANAN DALAM HUTAN
v Pemerhatian
v Cium @ hidu
v Gatal-gatal kulit
v Bibir , lidah dan mulut
v Menelan
v Makan
SUMBER MAKANAN DARI HAIWAN
1)
MAMALIA
§ Kancil
§ Rusa
§ Pelanduk
2)
REPTILIA
§ Katak
§ Cicak
§ Ular
3)
MOLUSKA
(SEAFOOD)
§ Siput
§ Kerang
§ Kepah
4)
SERANGGA
§ Anai-anai
§ Belalang
§ Cengkerik
§ Semut
§ Ulat kayu
5) BURUNG
Semua jenis burung
6) TELUR
Semua jenis telur kecuali
buaya & ular
PANDUAN MENANGKAP BINATANG
1)
JERAT
§ Dibuat dengan tujuan untuk menangkap burung @
hidupan liar
§ Menggunakan tali dan kayu
§ Jerat bidas (binatang yang kecil)
§ Jerat gantung (binatang yang besar)
§ Jerat hempap
§ Jerat burung
§ Jerat lubang (binatang yang berjalan)
§ Jerat landak (binatang yang bergerak pantas)
2)
PERANGKAP
§ Berbentuk sebuah kurungan dimana binatang akan
terkurung didalamnya. Ianya digantung dan akan jatuh apabila haiwan tersebut
menyentuh alas pemijak.
3)
JARING
§ Digunakan untuk menangkap burung
4)
TANGKAP
TANGAN
§ Hanya binatang tertentu yang boleh ditangkap
tangan. Kaedah ini dilakukan pada waktu malam @ ketika binatang tersebut sedang
tidur. Contoh binatang ialah seperti katak, burung, serangga.
TEMPAT PERLINDUNGAN
1)
PERLINDUNGAN
SEMULAJADI
§ Gua
§ Banir pokok (akar pokok yang besar)
![]() |
KOTAK IKHTIAR HIDUP |
No comments:
Post a Comment