Monday, 11 November 2013

SNORKELLING

PENGENALAN

Merupakan aktiviti yg memberi peluang kpd anda untuk menikmati kehidupan hidupan akuatik tanpa perlu turun ke dasar laut. Sebelum melakukan aktiviti ini, anda perlu mempelajarinya terlebih dahulu supaya anda selesa & dapat melakukannya dengan sempurna.

ALATAN SNOKERLING

Topeng (mask) untuk membolehkan kita melihat dgn jelas di bawah air. Pastikan hidung kita berada di dalam topeng untuk mengelak dimasuki air. Gogles tidak sesuai digunakan kerana tidak menutup hidung. Topeng merangkumi faceplate(kanta), skirt & tali pengikat.

JENIS-JENIS TOPENG

Ø  WRAPAROUND : mmpunyai bahagian tepi untuk penglihatan periferal
Ø  LOW PROFILE : Sesuai & penglihatan lebih jelas kerana kanta dekat dn muka.

BAHAN ASAS TOPENG
Ø  Diperbuat dpd getah neoprene & silikon. Silikon lebih tahan & tiada kesan sampingan pada kulit.

PENJAGAAN TOPENG
1.   Bilas dangan air yang bersih selepas digunakan
2.   Elakkan dari sinaran matahari secara terus
3.   Simpan di tempat yg sejuk & kering setiap masa
4.   Gunakan anti kabus, ubat gigi & saliva untuk mengelakkan kabus.

PEMILIHAN TOPENG

 ü  Kanta bertanda tempered glass (kanta bertekanan tinggi)
 ü  Padan dengan kemas bila dilekapkan ke muka.
 ü  Pastikan mempunyai nose @ finger pocket sebaiknya low profile.    
 ü  Pastikan kesesuaian tali pengikat.
 ü  Ujian kesesuaian boleh dilakukan dengan melekapkan pada muka tanpa tali  dan tarik nafas melalui hidung dan ia akan melekap beberapa ketika.

SNOKERLING
 ü Juga dikenali sebagai ‘J Tube’ merupakan alat pernafasan semasa aktiviti snorkelling. Tidak perlu mendongakkan muka ke atas air untuk bernafas

BAHAN ASAS

 ü Diperbuat daripada kombinasi silicon dan plastic. Biasanya bahagian atas (the barrel) diperbuat daripada plastic dan bahagian bawah diperbuat daripada silicon

PEMILIHAN SNOKERLING

 ü  Keselesaan, kesesuaian dan keberkesanan pernafasan.
 üLetakkan snokel pada mulut dengan menggigit ‘mouthplace’ manakala salur   di telinga kiri.
 ü  Muka hendaklah kemas dan tiada kebocoran. Cuba bernafas.
 ü  Bentuk, diameter, dan panjang salur akan mempengaruhi pernafasan. 
 üBahagian bawah yang fleksibel dan salur air yg keluar akan membuatkan  pengguna berasa selesa.


PENJAGAAN SNOKERLING

ü  Bilas dengan air bersih selepas digunakan.
ü  Elak dari sinaran matahari secara terus.
  ü Simpan di tempat sejuk dan kering setiap masa

FINS/KAKI ITIK

 ü  Fins akan memudahkan pergerakan dalam air. Ia dapat menambah tiga kali  ganda kelajuan berenang. Mempunyai poket untuk kaki dan permukaan yg    luas (the blade).

PEMILIHAN FINS

 ü Fins yang baik akan member kesan yang sempurna semasa snorkelling.         Channels (lubang/alur pada blade) membenarkan air melaluinya dan          mengurangkan rintangan

JENIS-JENIS FINS

 ü  Adjustable Fins - fins jenis ini boleh dilaras mengikut saiz kaki. Bahagian   tumitnya terbuka dan perlu memakai kasut (booties0.
 ü  Fool Foot Fins - tiada tali pengikat dan tidak perlu memakai booties. Perlu  mengikut saiz.

KESELAMATAN

ü  Tempat - cari tempat yang sesuai/lihat panduan kawasan.
ü  ‘The Buddy System’ - secara berpasangan.
ü  Jangan bergurau - memasukkan air dalam snokel/menarik mask/fins
ü Arahan keselamatan - mendengar arahan ketua/lapor jika berlaku

MEMAKAI PERALATAN

ü  Snokel- pasang sebelah kiri menggunakan ‘snokel keeper’. Lekapkan pada mulut dan mula bernafas.
ü  Topeng- bersih dan sapu anti kabus @ air liur. Pastikan kemas dan tiada kebocoran.
ü  Fins- saiz sesuai, kemas dan selesa.
ü  Jaket keselamatan- mengurangkan keletihan/sesuai untuk yang tak tahu berenang.
ü Pakaian- mengurangkan risiko kecederaan/ terbakar cahaya matahari
Cressi Puma

KECEMASAN

ü Cedera @ luka- jangan panik/dapat bantuan rakan,rujuk doctor.
ü Kejang otot kaki- jangan panik.tarik hujung blade sambil luruskan kaki yang kejang

ELAKKAN AKTIVITI JIKA :

 ü  Pakaian tidak betul, sempurna @ alatan rosak.
 ü  Anda terlalu lapar @ kenyang.
 ü  Anda mempunyai luka dan berdarah.
 ü  Tempat yg anda tidak pasti/tiada arahan.
   ü Anda bersendirian

No comments:

Post a Comment